Misi Syarikat
Ditubuhkan untuk memenuhi naluri
individu dalam kecantikan, keterampilan, kesihatan dan pembangunan diri dengan perkongsian produk dan peluang perniagaan yang
lumayan dengan konsep keuntungan bersama dalam keluarga yang sejahtera.
Visi Syarikat
Menjadi sebuah syarikat yang profesional
yang menyediakan produk dengan kualiti yang tinggi dan memberikan peluang untuk mencapai kebebasan kewangan dan pendapatan
pasif yang berterusan, bagi memberikan jaminan kewangan kepada ahli dan keluarganya.
Latar Belakang Syarikat
Nama syarikat adalah Desquera
Worldwide Sdn Bhd (AJL 931195 K), sebuah syarikat MLM berdaftar yang mempromosikan jenama produk Desquera Worldwide dengan
Lesen AJL yang sah. Ia merupakan gabungan kepakaran dikalangan pemimpin MLM, pakar IT dan pemasaran internet, juga golongan
profesional untuk membentuk pasukan terbaik. Hanya Produk yang terpilih dan berkualiti tinggi yang akan dipasarkan pada harga
yang berpatutan. Lebih banyak produk akan di keluarkan dari masa ke semasa. Syarikat menyediakan sistem transaksi "real-time"
yang lengkap dengan penggunaan teknologi SMS dan internet. Pelan Pemasarannya dibentuk berdasarkan kajian terperinci untuk
menyediakan satu pelan yang mudah dan adil. Syarikat juga menyediakan sistem latihan yang lengkap dengan tenaga pengajar professional
dan mempunyai wawasan untuk menubuhkan sebuah institusi pendidikan MLM.
Mempunyai kilang herba di Kuala Kangsar, Perak dibawah pengurusan seorang
ustaz dan juga selaku penasihat syariah syarikat. Pihak syarikat juga mempunyai seorang doktor sebagai penasihat produk-produk
makanan kesihatan bagi menjamin keselamatan, kualiti mutu dan keberkesanan sesuatu produk.
Pihak syarikat juga akan membuat sumbangan kesebuah Yayasan berkonsep Islam
sebanyak 2.5% dari jualan BV dan juga 20% dari keuntungan kilang. Bercadang untuk melakukan potongan zakat secara automatik
kepada usahawan Desquera bagi mereka yang layak dan menubuhkan sebuah Pusat Rawatan Islam Tradisional.
Ucapan Pengerusi

Salam Sejahtera kepada Rakan MLM,
Cita-cita dan kesungguhan menyerlahkan yang terbaik dari kami. Dalam perjalanan untuk mencapai matlamat, kita akan lebih
menghampiri orang yang berfikiran terbuka. Kita belajar dari mereka dan membenarkan mereka belajar dari kita untuk kebaikan
bersama. Secara tidak langsung, kita menjadi lebih fokus dan cara kita bekerja akan menjadi lebih baik. Apabila kita telah
meletakkan satu asas kukuh dalam rangkaian dan cara-kerja, keyakinan akan terbina hari demi hari berikutnya. Syarikat ini
telah di tubuhkan berdasarkan kajian dari golongan usahawan, pemimpin MLM yang berjaya, ahli pemasaran internet, pakar IT
dan golongan professional, untuk mencipta satu perniagaan yang terbaik dari yang terbaik. Perniagaan ini di bentuk untuk menyediakan
sistem perniagaan yang adil dan pelan pemasaran yang mudah. Bayangkan anda memulakan perniagaan dengan kos yang minima dan
menjadi pengguna bijak dengan mempromosikan perniagaan anda kepada orang lain, yang akan membuka peluang perniagaan untuk
anda mendapatkan pendapatan pasif yang berterusan dan boleh di wariskan. Kekuatan perniagaan kami adalah kepada perhubungan
saling menghormati di dalam satu keluarga besar. Jangan hanya jadi rakan-kongsi kami, jadilah kawan kami. Dengan kesabaran
dan sikap positif pasti akan bejaya, Semuga Tuhan memberkati.
Pengerusi Desquera Worldwide Sdn. Bhd.,